kompas cinta


Title entry kali pertama di kala cuti sem ini dipetik dari sebuah buku yang telah saya baca. Buku tersebut sangat sesuai dijadikan bahan bacaan oleh para remaja mahu pun golongan dewasa yang sedang tercari-cari apakah itu cinta?
Dalam konteks cinta actually ramai orang yang telah 'mengecilkan' skop cinta itu sendiri. Buka mata, buka minda, silalah melangkah ke hadapan! Wahyu diturunkan menyuruh kita membaca. Ilmu tidak semstinya diperoleh melalui kaedah formal. Remaja jejadang terlalu asyik dan 'mabuk" untuk menjadi lebih rasional apabila membicarakan soal cinta. Saya akui cinta itu memang soal emosi(perasaan) tetapi kita tidak boleh terlalu emotional apabila bercakap tentangnya. Kembalilah mempertajamkan minda dan memurnikan jiwa untuk berpijak di bumi yang nyata.
Barangkali memang setiap yang enak dan indah itu memabukkan bukan?Apatah lagi jika diteguk keterlaluan. Begitulah dengan cinta. Bila mabuk yang dilihat hanya yang indah2 sahaja. Kalau ditanya kepada kanak2 sekolah rendah mungkin mereka tidak faham erti cinta. Jika ditanya kepada remaja belasan tahun barangkali cinta itu 'couple' jawab mereka. Justeru jangan terlalu berfikiran jumud sehingga skop CINTA itu dilihat terlalu kecil.
CINTA umpama hadiah daripada Allah. Kita gembira dan suka menerima hadiah. Namun, wajarkah hadiah lebih dicintai daripada PEMBERI hadiah? Maka, tepuk dada, tanya iman di dalam jiwa.Cinta itu suci maka jangan dikotori dengan hawa nafsu. Astaghfirullah~Imagine sehelai kain putih yang dikotori dengan tompok2 kecil berwarna hitam. Cantikkah ia?Hurm~
Siapakah dan apakah yang terbayang apabila kita bercakap soal cinta? Romeo & Juliet?Mark Anthony & Cleopatra? Lalu terbayang pula pertemuan asyik mah syuk, derita cinta, tinggal saudara dan pelbagai lagi pengorbanan cinta! Itulah 'story board' yang tergambar dalam mind-set kita bila menyebut soal cinta.Titanic yang tenggelam itu diagung2kan.
Lalu bagaimana bercinta dalam Islam?Kabur mungkin? Jarang sekali disebut kisah NAbi Yusuf & Zulaikha, Nabi Sulaiman & Balqis. Tetapi jika hanya dengan menyebut nama tahukah kita prinsip & pendekatannya? Apakah sama erti 'rindu' para salafussoleh dengan 'rindu' yang disebut dalam cinta kita?
Bagaimana pula bercinta secara Islam? Apakah ia praktik dilaksanakan pada masa kini?Bercinta memang tidak salah justeru ia adalah fitrah tabi'e yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Inging cinta dan dicintai adalah instinct(naluri) setiap manusia. Oleh kerana cinta itu fitrah maka tentulah tidak salah untuk merasai dan menikmatinya. Jika salah masakan Tuhan mengurniakan rasa cinta? Allah Maha Mengetahui, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, dikurniakan-Nya rasa cinta pasti ada maksud dan tujuan.
Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Justeru Dia ciptakan peraturan cinta demmi menjaga kemurniannya. Namun peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah tetpi kesalahan itu berlaku ketika menjalinkan hubungan cinta. Peraturan perlu ada kerana Allah cintakan manusia! ALlah inginkan keselamatan & kesejahteraan buat manusia untuk memenuhi keinginan fitrah tebienya.

Ya Allah Kau teguhkanlah imanku, janganlah Kau bolak-balikkan hatiku. Ya Allah YA Tuhanku aku ini lemah makau Kau kuatkanlah, aku ini hina maka Kau tingkatkanlah darjatku, aku ini maka kau kayanlah aku, ampunilah aku.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

OMK!

beliau sedang mencari mood utk update laman sesawang ini,hihi 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

kenapa?

kenapa perlu ada nanti?
kenapa mesti ada besok?
kenapa mesti ada lusa lah?
tulat lah?
tunggu tahun depan lah?
aku 'muda' lagi kot?

Setiap kali tahun baru beribu-ribu azam mungkin dipasang dalam diri namun berapa banyak yang berjaya direalisasikan?Untuk menjadi baik semua 3 perkara ini MESTILAH dipenuhi; 
1)selalu ke masjid
2)berkawan dengan orang yang baik
3)mambaca al-quran dan memahamu isi kandungannya
**quoted


Maaf saya kurang pasti nama ustaz tersebut namun yang pasti beliau adalah seorang hafiz. Sungguh saya lemah untuk mengingati barangkali mungkin terlalu banyak dosa. Astaghfirullah, ampunilah aku Ya Allah sesungguhnya terlalu banyak nikmat-MU padaku. Hijrah memerlukan pengorbanan yang tersangatlah besar. Tapi mampukah saya berkorban?Sanggupkah aku?Sesungguhnya kematian itu terlalu mendekati kita, beringatlah NURLINA MAHMUDIN. Kenapa orang termasuk diri saya selalu bercakap "Eh, tak nak lah naik bas dah bahaya accident lah, takot...Kalau aku tak fail paper ni camane?"Jarang sekali kita dengar "Eh, banyaknya dosa aku?Takutnya aku kalau tak dapat masuk syurga! Takotnya aku kalau masuk api neraka! Bertahankah aku di kepanasan dan kesakitan api neraka itu? Diterimakah amalan aku?"Jarang sekali kita dengar bukan? Justeru, mana satu yang kita kejari? Mana priority kita? Sapa kita di muka Bumi ini? Marilah kita bersama renungkan. Sesungguhnya mati itu tidak menunggu kita...ACTIONS SPEAK LOUDER THAN WORD!






p/s: untuk peringatan diri saya yang sangat lemah dan hina. Bersamalah menacari kredhaan-Nya. Maaf jika ada salah dan silap

**untuk mengetahui dengan lebih lanjut hukum menyambut new year click di sini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

salam maal hijrah

perumpamaan orang-orang yang menjadikan selain Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk tempat perlindungannya) pada hal serapuh-rapuh sarang ialah sarang labah-labah.Kalaulah mereka mengetahui."(surah al-Ankabut,ayat:41)



SALAM MAAL HIJRAH UNTUK SEMUA,
SEMOGA TAHUN BARU MENJADIKAN DIRI KEPADA YANG LEBIH BAIK,
SEMOGA DIPAYUNGI KERAHMATAN DARI-NYA.





p/s: Mohon maaf atas semua salah dan silap. Semoga dipermudahkan segala urusan.:)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

5th December 2009

We went to Jusco that day dan saya masok Popular. Saya sedang menilik buku yang ingin dibeli. Then, tiba-tiba datang seorang wanita yang agak berusia seusia mama i guess lebih kurang kot. Beliau marah seorang pekerja wanita muda di depan saya dengan suara yang agak tinggi, loghat beliau seakan-akan bahasa Indonesia. Saya kurang pasti apa jawatan beliau di Popular branch itu. Mungkin juga Branch Manager or Supervisor. Tapi yang penting kau sungguh tak professional buat camtu. Perlu ke kau nak marah kat depan customer yang ramai camtu? Malu kot? Dia pon manusia ada hati dan perasaan. Yes, saya rasa memang pekerja itu salah sebab she mixed up semua buku agama together. Memang dia salah sebab dia letak buku Islam and Buddha dalam 1 tempat tapi mungkin juga ada dia ada reason. "Rak tu tak muat,"pekerja itu menjawab. Langsung tidak diendahkan malah beliau hempas buku di rak. Apa kau ni? Hati kecil saya berdetik. Sungguh tak berperikemanusiaan. Even kau berjawatan pon tak perlu camtu sangat. Panggil dan cakap di tempat lain boleh rasanya. Pangkat dan harta itu tidak dibawa ke mana pon. Tapi bila marah syaitan berbisik bermacam-macam pada kita. Waktu itu kita lemah mungkin. Semoga saya dikurniakan kesabaran dan mampu menjadi leader yang baik, Insyaallah. We born to be khalifah. To Allah we belong and to Him shall we return. 


p/s: luahan hati sahaja, tiada kene mengena dengan sesiapa:)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

awak

SELAMAT MENEMPUHI ALAM BARU,
SELAMAT BEKERJA,
SELAMAT HARI RAYA,
KITA JUMPA NANTI YA?:)♥♥





~si comel~;)
XOXO

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

mereka hadir untuk seketika

          Saya sangat-sangat rindu zaman 'secondary school' yang menyimpan 1001 kenangan.:) Saya rindu sahabat-sahabat di sekolah dulu tapi tak rindu cikgu-cikgu ok!:)Saya malu dengan mereka. But saya berterima kasih kepada guru-guru saya. Teringat ketika form 1 saya dan kawan-kawan di katakan 'kerek' yang bermaksud kurang ajar dengan 'senior'. Menggelabah gile tah pape je saya rasakan ketika itu. Then, exco-exco panggil semua form 1 dan saya antara yang disebut nama akibat kerek. Kerek???Saya seperti tidak bersalah dengan muka 'innocent' berdiri, hehe. Tak pegi surau pun kerek ke??Suka hati la yang penting solat. Saya dan rakan-rakan mengomel sesama sendiri,hehe. Tiap hari bangun 6.30 sempat pergi surau??Memang haram.:)Saya memang tidak suka dipaksa so tak nak tak payah buat. Jangan tiru aksi begini membawa padah!:) Kini saya terfikir alangkah banyaknya pahala seseorang yang solat secara berjemaah itu bukan?Berpuluh kali ganda Allah gandakan pahala mereka. Alangkah beruntungnya jika solat berjemaah setiap waktu. Saya sangat cemburu melihat seseorang yang luhur budi pekertinya kerana saya belum mampu untuk menjadi sedemikian. Bukan senang untuk menjadi orang yang baik dan disebabkan itu Allah sayangkan mereka yang baik. Semakin tua kita semakin hampir kita untuk menemui Allah. Tapi bersediakan saya untuk menemui Dia? Apa bekalan saya untuk terus hidup di sana? Cukupkah? Ya Allah ya tuhanku terlalu banyak dosaku pada-Mu ya Allah, ampunilah aku ya Allah, berikanlah taufik dan hidayah-Mu kepadaku ya Allah sesungguhnya aku hamba yang berdosa. Kalau sekolah saya hanya fikir diri sendiri tak peduli orang lain. Namun, sekarang dunia saya dah berubah tak boleh buat camtu lagi dah besar!euuuwww!!Saya rindu nak main bola-bola api yang diperbuat hasil daripada surat khabar dan dibakar lalu ia terbang ke udara. Wah, seronoknya! Seluruh asrama bersorak melihat bola-bola api terbang ke udara. Ketika itu saya yang nampak surat khabar lama lalu saya katakan macam best je main bola-bola api di kala ketiadaan elektrik. Puas berkejar-kejaran dengan exco akibat perbuatan kami yang membahayakan mereka kata. Kami tak rasa begitu so tak salah main kan?:)The next day pagi-pagi kami jumpa cikgu mengaku sebelum cikgu cari. Cikgu cakap itu 'CUBAAN MEMBAKAR ASRAMA' dan boleh dibuang sekolah dan asrama kalau tak silap saya. Cikgu cakap kat saya "awak calon exco tapi buat camni." Dalam hati saya berbisik sapa suruh  cikgu tak cakap awal-awal?hehe. Dan saya memang tak berminat pun untuk jawatan sebegitu rupa dengan diri yang tidak berdisiplin ini.:)Terima kasih cikgu kerana bertolak ansur dan sangat memahami. Saya rindu untuk main kejar-kejar dengan cikgu kerana tiap hari saya pasti lambat ke sekolah dan yang pasti kami menang!Kalau tak de kami 'prefect' tak de la keje di pagi hari. Teringat ketika 'Pesta Melempang' done by cikgu saya.:)Dahsyat sungguh rakan-rakan saya dilempang beramai-ramai. Itulah asam garam kehidupan.:) Oh ya, nurkasih membuat saya terkedu seketika, tulusnya cinta dia?:)Ok, stop here saya malas untuk menulis lagi.

tuhan dosaku menggunung tinggi,
tapi rahmat-Mu melangit luas,
harga selautan syukurku,
hanyalah setitis nikmat-Mu di Bumi,
tuhan walau taubat sering ku mungkir,
namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi,
bila selangkah ku rapat pada-Mu,
seribu langkah kau rapat padaku.
^nasyid saya di zaman sekolah^
~maaf saya jahil nasyid~T_T

'DISIPLIN TERAS KEJAYAAN' moto sekolah saya, SMKA Simpang Lima

p/s: Ouh, saya sangat rindu sahabat-sahabat saya. Nak sekolah lagi! 27 baru nak nak reunion da tua ganyut semua, lame sgt..*sigh*






cahaya kelembutan^2006^


yang suka perasan,
~p.e.r.i.n.d.u~







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments