mereka hadir untuk seketika
Saya sangat-sangat rindu zaman 'secondary school' yang menyimpan 1001 kenangan.:) Saya rindu sahabat-sahabat di sekolah dulu tapi tak rindu cikgu-cikgu ok!:)Saya malu dengan mereka. But saya berterima kasih kepada guru-guru saya. Teringat ketika form 1 saya dan kawan-kawan di katakan 'kerek' yang bermaksud kurang ajar dengan 'senior'. Menggelabah gile tah pape je saya rasakan ketika itu. Then, exco-exco panggil semua form 1 dan saya antara yang disebut nama akibat kerek. Kerek???Saya seperti tidak bersalah dengan muka 'innocent' berdiri, hehe. Tak pegi surau pun kerek ke??Suka hati la yang penting solat. Saya dan rakan-rakan mengomel sesama sendiri,hehe. Tiap hari bangun 6.30 sempat pergi surau??Memang haram.:)Saya memang tidak suka dipaksa so tak nak tak payah buat. Jangan tiru aksi begini membawa padah!:) Kini saya terfikir alangkah banyaknya pahala seseorang yang solat secara berjemaah itu bukan?Berpuluh kali ganda Allah gandakan pahala mereka. Alangkah beruntungnya jika solat berjemaah setiap waktu. Saya sangat cemburu melihat seseorang yang luhur budi pekertinya kerana saya belum mampu untuk menjadi sedemikian. Bukan senang untuk menjadi orang yang baik dan disebabkan itu Allah sayangkan mereka yang baik. Semakin tua kita semakin hampir kita untuk menemui Allah. Tapi bersediakan saya untuk menemui Dia? Apa bekalan saya untuk terus hidup di sana? Cukupkah? Ya Allah ya tuhanku terlalu banyak dosaku pada-Mu ya Allah, ampunilah aku ya Allah, berikanlah taufik dan hidayah-Mu kepadaku ya Allah sesungguhnya aku hamba yang berdosa. Kalau sekolah saya hanya fikir diri sendiri tak peduli orang lain. Namun, sekarang dunia saya dah berubah tak boleh buat camtu lagi dah besar!euuuwww!!Saya rindu nak main bola-bola api yang diperbuat hasil daripada surat khabar dan dibakar lalu ia terbang ke udara. Wah, seronoknya! Seluruh asrama bersorak melihat bola-bola api terbang ke udara. Ketika itu saya yang nampak surat khabar lama lalu saya katakan macam best je main bola-bola api di kala ketiadaan elektrik. Puas berkejar-kejaran dengan exco akibat perbuatan kami yang membahayakan mereka kata. Kami tak rasa begitu so tak salah main kan?:)The next day pagi-pagi kami jumpa cikgu mengaku sebelum cikgu cari. Cikgu cakap itu 'CUBAAN MEMBAKAR ASRAMA' dan boleh dibuang sekolah dan asrama kalau tak silap saya. Cikgu cakap kat saya "awak calon exco tapi buat camni." Dalam hati saya berbisik sapa suruh cikgu tak cakap awal-awal?hehe. Dan saya memang tak berminat pun untuk jawatan sebegitu rupa dengan diri yang tidak berdisiplin ini.:)Terima kasih cikgu kerana bertolak ansur dan sangat memahami. Saya rindu untuk main kejar-kejar dengan cikgu kerana tiap hari saya pasti lambat ke sekolah dan yang pasti kami menang!Kalau tak de kami 'prefect' tak de la keje di pagi hari. Teringat ketika 'Pesta Melempang' done by cikgu saya.:)Dahsyat sungguh rakan-rakan saya dilempang beramai-ramai. Itulah asam garam kehidupan.:) Oh ya, nurkasih membuat saya terkedu seketika, tulusnya cinta dia?:)Ok, stop here saya malas untuk menulis lagi.
tuhan dosaku menggunung tinggi,
tapi rahmat-Mu melangit luas,
harga selautan syukurku,
hanyalah setitis nikmat-Mu di Bumi,
tuhan walau taubat sering ku mungkir,
namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi,
bila selangkah ku rapat pada-Mu,
seribu langkah kau rapat padaku.
^nasyid saya di zaman sekolah^
~maaf saya jahil nasyid~T_T












0 comments:
Post a Comment