Jika anda hebat!:)
Yes, itu persoalan yang selalu bermain di minda saya. Sering kali kita dengar di corong radio, facebook 'Generasi Hebat'. Hebat sangat ke?Apa perlunya untuk kita jadi hebat? Bagaimana untuk kita jadi hebat?Saya juga nak jadi hebat! Hebat di dunia dan akhirat. Mampukah kita menjadi hebat sehebat para cendekiawan terdahulu? Untuk apa kita hebat di dunia kalau ianya hanya sementara?Sedangkan kita kekal di akhirat. Bagaimana untuk kita 'survive' hidup di sana jika kita hebat di dunia sahaja? Saya bercita-cita untuk menjadi seorang 'Public Accountant' muslim yang mengamalkan etika kerja yang digariskan oleh Islam. Melihat dunia di luar sana saya rasakan ianya sangat mencabar. Mengapa perlu wujundnya unsur sekularisme kalau anda benar-benar hebat?Para cendekiawan terdahulu sangat hebat dengan title Islam bukan? Mengapa kita tidak begitu? Perlukah mengorbankan hijab semata-mata untuk mendapatkan suatu jawatan?Isu ini semakin berleluasa ketika ini. Setakat ini saya belum mendengar isu ini berlaku di agensi-agensi kerajaan di Malaysia but in private sector itu adalah isu yang kerap kali dibangkitkan. Bagi saya kalau anda betul-betul hebat tidak timbul masalah ini. Kita hidup di negara demokrasi, bebas bersuara bukan? Justeru, kalau itu memang terbukti bertentangan dengan syariat berhujahlah membela nasib diri sendiri. Untuk jadi hebat perlu 'be the creme de la creme'. Bagi saya hebat di mata saya perlu cemerlang dari semua aspek termasuk dari sudut sahsiah dan rohani. Saya tidak nafikan yang dunia hari ini memang sangat mencabar. Mungkin ini juga satu ujian untuk kita. Ujian yang menguji sejauh mana kekutan iman kita, mental dan fizikal untuk menangkis segala godaan yang kebanyakannya berunsur negatif di luar sana. Peringatan ini untuk diri saya juga yang tersangatlah lemah. "Ya Allah ya tuhanku Kau berikanlah petunjuk, hidayah dan rahmat-Mu, pandukan lah aku ke jalan yang benar hingga ke akhir hayatku, sesungguhnya aku hamba yang berdosa, permudahkanalah segala urusanku. Amin.." Justeru, ilmu itu sangat perlu untuk kita menjadi hebat dan demikian Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu "tholabul ilmi faridhotun a'la kulli muslimin wa muslimatin" yang bermaksud menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap muslim.:)Justeru, ilmu yang ada perlu diamalkan untuk diri sendiri, agama, bangsa dan negara.:)So, saya perlu lupekan hasrat untuk menjadi gadis yang menunggu pinangan anak raja, perlu berkhidmat demi agama, bangsa dan negara.:)Jika tidak ianya umpama pohon yang tidak berbuah. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang akauntan yang hebat agar dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan. Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima bukan?:) Kalau nak jadi hebat kenapa saya pemalas????zzzzzzzzzzzzzzzzzz. Itu yang menjadi persoalan, renung-renungkan dan selamat beramal. Doakan saya semoga mencapai yang diidam-idamkan, amin..:)
p/s: seseorang muslim itu tidak dikatakan beriman selagi mana beliau belum diuji!
yang suke berangan,
~sayatakhebat~
^menunggu pinangan anak raja^
25 nov 2009












0 comments:
Post a Comment