Terima Kasih Allah!

Dear mama & abah,
Terima kasih untuk didikan itu. Baru kini saya sedari apakah signifikan kisah-kisah terlampau. Dulu ketika umur 5tahun, kanak2 pramatang ini tidak langsung mampu berfikir kenapa mama & abah paksa & hantar ke kelas al-quran. Tazkirah hari ini mengajar saya untuk terus bersyukur kerana dikurniakan ibu & ayah yg sangat prihatin.

Ketika diri mula melihat dunia luar, mata melihat, telinga mendengar & akal mula mentafsir apakah realiti dunia hari ini. Kanak2 yang dahulunya berfikir "Abah & mama ni seksa orang pegi kelas mengaji. Mak orang lain tak pon!" Barangkali itulah saya ketika di bawah umor! Lantas mama menghulurkan duit segenggam maka bersemangatlah ke kelas mengaji. Mungkin ketika itu saya yg paling muda dalam kelas.

Malam ini saya mendengar tazkirah daripada Ust Zaki(lecturer CiTU UiTM Johor). Dalam tazkirah yang berkisar tentang dunia hari ini yang masyarakatnya kian melupakan para ulama', ulama' tidak lagi dijadikan sumber utama dalam konteks penyelesaian isu agama. Justeru dimanakah letaknya mereka? Apakah mereka sebagai boneka@sekadar melepaskan syarat untuk mematuhi undang-undang Malaysia hari ini? Pendapat mereka sering kali disangkal dengan akal fikiran yang langsung tidak mampu menandingi kehebatan sumber rujukan utama(Quran&Sunnah). Justeru jadilah orang yang berfikir!Allah nyatakan dalam Al-Quran "afala ta'qilun!" yang bermaksud tidakkah kamu berfikir???

Lihat sajalah berapa juta orang tidak solat?Puasa?Yang wajib tidak terbuat yang sunat usah dicakap!

Ya Allah Ya Tuhanku aku ini lemah Ya Allah maka Kau Kuatkanlah aku Ya Allah, aku ini hina Ya Allah maka Kau tingkatlah darjatku, aku ini miskin Ya Allah Maka Kau Kayakanlah aku Ya Allah. Aku ini hina lagi berdosa Ya Allah, bantulah aku masukkanlah aku dalam syurga-Mu tanpa dihisab, permudahkanlah aku.

Untuk mama & abah terima kasih untuk didikan itu!Tidak mampu dibalas oleh si comel ini!

Love!

Salam perantau mama abah!Maafkan anakmu.:D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Ramadhan's a fully blessed month!


Selamat berpuasa semua! Mari bersama mepertigkatkan amalan untuk menebus dosa-dosa yang lalu, next year belum tentu bertemu Ramadhan lagi. Justeru, bersyukurlah kerana dipanjangkan umur kerana Dia mengizinkan kita dipanjangkan umur bertemu Ramadhan kali ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

ciri-ciri suami yang baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

*credit to Amira Hayati

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments