kompas cinta

Title entry kali pertama di kala cuti sem ini dipetik dari sebuah buku yang telah saya baca. Buku tersebut sangat sesuai dijadikan bahan bacaan oleh para remaja mahu pun golongan dewasa yang sedang tercari-cari apakah itu cinta?
Dalam konteks cinta actually ramai orang yang telah 'mengecilkan' skop cinta itu sendiri. Buka mata, buka minda, silalah melangkah ke hadapan! Wahyu diturunkan menyuruh kita membaca. Ilmu tidak semstinya diperoleh melalui kaedah formal. Remaja jejadang terlalu asyik dan 'mabuk" untuk menjadi lebih rasional apabila membicarakan soal cinta. Saya akui cinta itu memang soal emosi(perasaan) tetapi kita tidak boleh terlalu emotional apabila bercakap tentangnya. Kembalilah mempertajamkan minda dan memurnikan jiwa untuk berpijak di bumi yang nyata.
Barangkali memang setiap yang enak dan indah itu memabukkan bukan?Apatah lagi jika diteguk keterlaluan. Begitulah dengan cinta. Bila mabuk yang dilihat hanya yang indah2 sahaja. Kalau ditanya kepada kanak2 sekolah rendah mungkin mereka tidak faham erti cinta. Jika ditanya kepada remaja belasan tahun barangkali cinta itu 'couple' jawab mereka. Justeru jangan terlalu berfikiran jumud sehingga skop CINTA itu dilihat terlalu kecil.
CINTA umpama hadiah daripada Allah. Kita gembira dan suka menerima hadiah. Namun, wajarkah hadiah lebih dicintai daripada PEMBERI hadiah? Maka, tepuk dada, tanya iman di dalam jiwa.Cinta itu suci maka jangan dikotori dengan hawa nafsu. Astaghfirullah~Imagine sehelai kain putih yang dikotori dengan tompok2 kecil berwarna hitam. Cantikkah ia?Hurm~
Siapakah dan apakah yang terbayang apabila kita bercakap soal cinta? Romeo & Juliet?Mark Anthony & Cleopatra? Lalu terbayang pula pertemuan asyik mah syuk, derita cinta, tinggal saudara dan pelbagai lagi pengorbanan cinta! Itulah 'story board' yang tergambar dalam mind-set kita bila menyebut soal cinta.Titanic yang tenggelam itu diagung2kan.
Lalu bagaimana bercinta dalam Islam?Kabur mungkin? Jarang sekali disebut kisah NAbi Yusuf & Zulaikha, Nabi Sulaiman & Balqis. Tetapi jika hanya dengan menyebut nama tahukah kita prinsip & pendekatannya? Apakah sama erti 'rindu' para salafussoleh dengan 'rindu' yang disebut dalam cinta kita?
Bagaimana pula bercinta secara Islam? Apakah ia praktik dilaksanakan pada masa kini?Bercinta memang tidak salah justeru ia adalah fitrah tabi'e yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Inging cinta dan dicintai adalah instinct(naluri) setiap manusia. Oleh kerana cinta itu fitrah maka tentulah tidak salah untuk merasai dan menikmatinya. Jika salah masakan Tuhan mengurniakan rasa cinta? Allah Maha Mengetahui, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, dikurniakan-Nya rasa cinta pasti ada maksud dan tujuan.
Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Justeru Dia ciptakan peraturan cinta demmi menjaga kemurniannya. Namun peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah tetpi kesalahan itu berlaku ketika menjalinkan hubungan cinta. Peraturan perlu ada kerana Allah cintakan manusia! ALlah inginkan keselamatan & kesejahteraan buat manusia untuk memenuhi keinginan fitrah tebienya.
Ya Allah Kau teguhkanlah imanku, janganlah Kau bolak-balikkan hatiku. Ya Allah YA Tuhanku aku ini lemah makau Kau kuatkanlah, aku ini hina maka Kau tingkatkanlah darjatku, aku ini maka kau kayanlah aku, ampunilah aku.











0 comments:
Post a Comment