awak

SELAMAT MENEMPUHI ALAM BARU,
SELAMAT BEKERJA,
SELAMAT HARI RAYA,
KITA JUMPA NANTI YA?:)♥♥





~si comel~;)
XOXO

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

mereka hadir untuk seketika

          Saya sangat-sangat rindu zaman 'secondary school' yang menyimpan 1001 kenangan.:) Saya rindu sahabat-sahabat di sekolah dulu tapi tak rindu cikgu-cikgu ok!:)Saya malu dengan mereka. But saya berterima kasih kepada guru-guru saya. Teringat ketika form 1 saya dan kawan-kawan di katakan 'kerek' yang bermaksud kurang ajar dengan 'senior'. Menggelabah gile tah pape je saya rasakan ketika itu. Then, exco-exco panggil semua form 1 dan saya antara yang disebut nama akibat kerek. Kerek???Saya seperti tidak bersalah dengan muka 'innocent' berdiri, hehe. Tak pegi surau pun kerek ke??Suka hati la yang penting solat. Saya dan rakan-rakan mengomel sesama sendiri,hehe. Tiap hari bangun 6.30 sempat pergi surau??Memang haram.:)Saya memang tidak suka dipaksa so tak nak tak payah buat. Jangan tiru aksi begini membawa padah!:) Kini saya terfikir alangkah banyaknya pahala seseorang yang solat secara berjemaah itu bukan?Berpuluh kali ganda Allah gandakan pahala mereka. Alangkah beruntungnya jika solat berjemaah setiap waktu. Saya sangat cemburu melihat seseorang yang luhur budi pekertinya kerana saya belum mampu untuk menjadi sedemikian. Bukan senang untuk menjadi orang yang baik dan disebabkan itu Allah sayangkan mereka yang baik. Semakin tua kita semakin hampir kita untuk menemui Allah. Tapi bersediakan saya untuk menemui Dia? Apa bekalan saya untuk terus hidup di sana? Cukupkah? Ya Allah ya tuhanku terlalu banyak dosaku pada-Mu ya Allah, ampunilah aku ya Allah, berikanlah taufik dan hidayah-Mu kepadaku ya Allah sesungguhnya aku hamba yang berdosa. Kalau sekolah saya hanya fikir diri sendiri tak peduli orang lain. Namun, sekarang dunia saya dah berubah tak boleh buat camtu lagi dah besar!euuuwww!!Saya rindu nak main bola-bola api yang diperbuat hasil daripada surat khabar dan dibakar lalu ia terbang ke udara. Wah, seronoknya! Seluruh asrama bersorak melihat bola-bola api terbang ke udara. Ketika itu saya yang nampak surat khabar lama lalu saya katakan macam best je main bola-bola api di kala ketiadaan elektrik. Puas berkejar-kejaran dengan exco akibat perbuatan kami yang membahayakan mereka kata. Kami tak rasa begitu so tak salah main kan?:)The next day pagi-pagi kami jumpa cikgu mengaku sebelum cikgu cari. Cikgu cakap itu 'CUBAAN MEMBAKAR ASRAMA' dan boleh dibuang sekolah dan asrama kalau tak silap saya. Cikgu cakap kat saya "awak calon exco tapi buat camni." Dalam hati saya berbisik sapa suruh  cikgu tak cakap awal-awal?hehe. Dan saya memang tak berminat pun untuk jawatan sebegitu rupa dengan diri yang tidak berdisiplin ini.:)Terima kasih cikgu kerana bertolak ansur dan sangat memahami. Saya rindu untuk main kejar-kejar dengan cikgu kerana tiap hari saya pasti lambat ke sekolah dan yang pasti kami menang!Kalau tak de kami 'prefect' tak de la keje di pagi hari. Teringat ketika 'Pesta Melempang' done by cikgu saya.:)Dahsyat sungguh rakan-rakan saya dilempang beramai-ramai. Itulah asam garam kehidupan.:) Oh ya, nurkasih membuat saya terkedu seketika, tulusnya cinta dia?:)Ok, stop here saya malas untuk menulis lagi.

tuhan dosaku menggunung tinggi,
tapi rahmat-Mu melangit luas,
harga selautan syukurku,
hanyalah setitis nikmat-Mu di Bumi,
tuhan walau taubat sering ku mungkir,
namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi,
bila selangkah ku rapat pada-Mu,
seribu langkah kau rapat padaku.
^nasyid saya di zaman sekolah^
~maaf saya jahil nasyid~T_T

'DISIPLIN TERAS KEJAYAAN' moto sekolah saya, SMKA Simpang Lima

p/s: Ouh, saya sangat rindu sahabat-sahabat saya. Nak sekolah lagi! 27 baru nak nak reunion da tua ganyut semua, lame sgt..*sigh*






cahaya kelembutan^2006^


yang suka perasan,
~p.e.r.i.n.d.u~







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

yeayy!!!esok raya!

Bosan gila kat rumah!!!!grrr!!!Bekorban apa saja, harta atau pun nyawa, itu lah kasih mesra, sejati dan mulia:)bekorban untuk apa?untuk cinta?apa erti korban yang sebenarnya?Memandangkan esok juga adalah salah satu hari kebesaran umat Islam saya terfikir apa korban yang sebenar?Kebiasaannya kita akan menyambut Hari Raya Korban dengan menyembelih lembu, unta dan sebagainya. Ianya merupakan simbolik daripada kisah Nabi Ibrahim yang diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail demi memenuhi tuntutan Allah Yang Maha Esa. Alangkah tabahnya taatnya beliau sanggup menyembelih anak sendiri semata-mata kerana Allah. Berkat keikhlasan dan ketabahan beliau Allah menyelamatkan Nabi Ismail dan digantikan dengan seekor kibash. Masyaallah. Maka nikmat tuhanmu  manakah yang kau dustakan?Justeru, untuk mencapai kemuliaan ternyata kita perlu berkorban. Islam itu agama yang mudah, korban tidak spesifik kepada aktiviti menyembelih lembu sahaja. Bahkan berjihad menentang hawa nafsu juga perlukan perngorbanan bukan? Mungkin ada insan di luar sana yang kurang berkemampuan untuk membuat korban seekor lembu. Islam tidak membebankan umatnya. 10 Zulhijjah juga dikaitkan dengan peristiwa Nabi Adam dan Hawa diusir dari syurga dan dipertemukan kembali di Padang Arafah. Justeru di kesempatan ini saya ingin mengucapkan:

SALAM E'IDULADHA
NAK DUIT RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

NURLINA MAHMUDIN










  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

terima kasih saya:)

dear, terima kasih untuk semua,
terima kasih untuk itu dan ini,
terima kasih untuk suara itu,
terima kasih untuk segalanya.:)


yang mengucapkan,
~mrs barney~♥








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Jika anda hebat!:)

Yes, itu persoalan yang selalu bermain di minda saya. Sering kali kita dengar di corong radio, facebook 'Generasi Hebat'. Hebat sangat ke?Apa perlunya untuk kita jadi hebat? Bagaimana untuk kita jadi hebat?Saya juga nak jadi hebat! Hebat di dunia dan akhirat. Mampukah kita menjadi hebat sehebat para cendekiawan terdahulu? Untuk apa kita hebat di dunia kalau ianya hanya sementara?Sedangkan kita kekal di akhirat. Bagaimana untuk kita 'survive' hidup di sana jika kita hebat di dunia sahaja? Saya bercita-cita untuk menjadi seorang 'Public Accountant' muslim yang mengamalkan etika kerja yang digariskan oleh Islam. Melihat dunia di luar sana saya rasakan ianya sangat mencabar. Mengapa perlu wujundnya unsur sekularisme kalau anda benar-benar hebat?Para cendekiawan terdahulu sangat hebat dengan title Islam bukan? Mengapa kita tidak begitu? Perlukah mengorbankan hijab semata-mata untuk mendapatkan suatu jawatan?Isu ini semakin berleluasa ketika ini. Setakat ini saya belum mendengar isu ini berlaku di agensi-agensi kerajaan di Malaysia but in private sector itu adalah isu yang kerap kali dibangkitkan. Bagi saya kalau anda betul-betul hebat tidak timbul masalah ini. Kita hidup di negara demokrasi, bebas bersuara bukan? Justeru, kalau itu memang terbukti bertentangan dengan syariat berhujahlah membela nasib diri sendiri.  Untuk jadi hebat perlu 'be the creme de la creme'. Bagi saya hebat di mata saya perlu cemerlang dari semua aspek termasuk dari sudut sahsiah dan rohani. Saya tidak nafikan yang dunia hari ini memang sangat mencabar. Mungkin ini juga satu ujian untuk kita. Ujian yang menguji sejauh mana kekutan iman kita, mental dan fizikal untuk menangkis segala godaan yang kebanyakannya berunsur negatif di luar sana. Peringatan ini untuk diri saya juga yang tersangatlah lemah. "Ya Allah ya tuhanku Kau berikanlah petunjuk, hidayah dan rahmat-Mu, pandukan lah aku ke jalan yang benar hingga ke akhir hayatku, sesungguhnya aku hamba yang berdosa, permudahkanalah segala urusanku. Amin.." Justeru, ilmu itu sangat perlu untuk kita menjadi hebat dan demikian Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu "tholabul ilmi faridhotun a'la kulli muslimin wa muslimatin" yang bermaksud menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap muslim.:)Justeru, ilmu yang ada perlu diamalkan untuk diri sendiri, agama, bangsa dan negara.:)So, saya perlu lupekan hasrat untuk menjadi gadis yang menunggu pinangan anak raja, perlu berkhidmat demi agama, bangsa dan negara.:)Jika tidak ianya umpama pohon yang tidak berbuah. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang akauntan yang hebat agar dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan. Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima bukan?:) Kalau nak jadi hebat kenapa saya pemalas????zzzzzzzzzzzzzzzzzz. Itu yang menjadi persoalan, renung-renungkan dan selamat beramal. Doakan saya semoga mencapai yang diidam-idamkan, amin..:)




p/s: seseorang muslim itu tidak dikatakan beriman selagi mana beliau belum diuji!

yang suke berangan,
~sayatakhebat~
^menunggu pinangan anak raja^
25 nov 2009

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Saya Perlu Bersabar:)

saya perlu bersabar
menanti hari esok
apakah terlalu lambat masa berlalu
menanti dan terus menanti:)

yang menunggu,
~s.a.y.a~
22 nov '09, 11.00a.m

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Good Luck Lil Sis


Nursofina Mahmudin

All da best dear!:)
We love you
Semoga Allah mempermudahkan beliau untuk menjawab dengan sebaiknya.
Amin..:)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments