24 jam!





Satu masa yang sungguh singkat! Alahai rindunya bersama mereka!

Saya ke UIA Gombak tanpa sebarang perancangan rapi. Meredah hiruk pikuk kota bersendirian menaiki tren, akhirnya tiba di station Gombak. Sedang berdiri menunggu Fatimah saya ternampak seorang buta. Saya memberikan laluan lalu menyuarakan pendapat "Timah, cepat la tolong kesian dia!". Beliau menjawab "Nak tolong tapi bukan mahram camane?". Alasan demi alasan diberi saya tidak berganjak melihat beliau bergerak sendiri. Tidak pula terjatuh melalui jalan bertangga! Hati kecil ini berdetik Ya Allah sungguh Engkau maha berkuasa! Saya yang celik ini kadang2 terjatuh juga. Lalu saya berfikir barangkali itu yang dikatakan Allah tidak akan menguji hamba-Nya dengan beban yang tidak termampu olehnya.

Puas bergelak ketawa di cafeteria UIA bersama Aminah, Fatimah dan Nadiah. Alahai rindunya zaman sekolah! Terbayang-bayang keseronokan berkahwin melihat ex-classmate saya di sekolah telah berkahwin. Kami bertiga kecuali Aminah berangan-angan untuk dibelai, ditepekkan bedak, dilapkan muka. Hehehe. Alahai pemikiran kanak-kanak pramatang! Keseronokan semata. Saya katakan kepada mereka "kat Segamat aku tak gelak camni korang." Terbahak-bahak mereka ketawa mengatakan saya hipokrit! Barangkali mungkin faktor envi tapi haruslah positive! Ya Allah permudahkanlah urusanku..

Keesokannya hari kami ke SOGO! Bersesuaian dengan tagline SOGO 'A Cut Above The Rest' kami ber'shopping' sakan. Puas di SOGO berjalan di Jln TAR. Pulang ke rumah kaki saya rasakan kaki seperti mahu tercabut ketika solat. Barangkali begitulah skru yang tidak diberi pelincir! Berkarat! Begitulah ibarat kaki saya yang malas 'exercise'.Hehe.

Gambar bakal diupload kemudian!:D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: